Ahad, Mei 13, 2012

DINA COLLECTION.. SATU PERMULAAN..

Welcome back!!!!


Alhamdulillah... dapat lagi saya bercoret dalam blog ni... dah lama sangat rasanya saya tak tulis... dah setahun lebih kot... isk2...

Hmmm... sekarang saya dah boleh bercoret selalu sebab internet pun dah stable.. sebelum ni susah skit sbb guna internet ofis.. susah dan terbatas...

Sebelum ni saya giat ngan labu.. pastu try2 tuk biz batik.. ha.. sekarang ni... saya dah open butik...

Syukur atas nikmat yang dikurniakan olehNya... tak sangka sekarang saya dah ada perniagaan sendiri.. walaupun francais tapi ia tetap perniagaan saya sbb butik tu saya yang punya... segala pahit manis adalah dari usaha saya dan suami tercinta...

Alhamdulilah..... Rezeki yang tidak disangka... Selama ni pun mmg saya idamkan sebuah perniagaan sendiri... walaupun tak serupa dengan apa yang diidam kan (bukak restoran) tapi tak pe... mula2 dengan butik... pastu boleh la kembangkan dengan bukak kedai makan lak... semoga semuanya tercapai.. amin...

nanti saya akan create satu blog untuk butik saya tu... Opst sebenarnya dah de dah blog tuk Dina collection tapi... saya nak buat tuk sy nye dibawah Zawira Impian Collection... tak terbatas ngan cara org... my own way nak story pasal my butik... hehehehe...

ok la... nanti tulis lagi...

"kejayaan adalah milik setiap insan... untuk capai kejayaan kita perlu berusaha disulami dengan berdoa kepadaNya.. kerana rezeki yang kita perolehi itu adalah milik Allah SWT... kita adalah pemegang amanah untuk memprolehi rezeki Allah dengan pelbagai cara..." p(^,^)q

Rabu, Oktober 20, 2010

Tentang Kamu



Ku Tak Bisa Menebak
Ku Tak Bisa Membaca
Tentang Kamu
Tentang Kamu

Kau Buat Ku Bertanya
Slalu Dalam Hatiku
Tentang Kamu
Tentang Kamu

Reff :


Bagaimana Bila Akhirnya Ku Cinta Kau
Dari Kekuranganmu Hingga Lebihmu
Bagaimana Bila Semua Benar Terjadi
Mungkin Inilah Yang Terindah

Begitu Banyak Bintang
Seperti Pertanyaanku
Tentang Kamu
Tentang Kamu

Back To Reff:2x

Aaa...Aaa...Aaa...

Aaa...Aaa...Aaa...

Aaa...Aaa...Aaa...

Aku dan Dirimu

Ari Lasso feat. Bunga Citra Lestari - Aku Dan Dirimu

ari lasso - aku dan dirimu lirik

tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap

sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpimu malam kita

reff:
duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
dan kini hanya ada aku dan dirimu
sesaat di keabadian

jika sang waktu bisa kita hentikan
dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan

www.rizkyonline.com
meleburkan semua batas
antara kau dan aku, kita

repeat reff

Video Klip Ari Lasso - Aku Dan Dirimu

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

powered by lirik lagu indonesia

Isnin, April 19, 2010

BIODATA RASULULLAH S.A.W

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira)telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN #1
1. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم



Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik..
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


P/S:
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.

Khamis, Mac 04, 2010

PORCELIN BUNGA ROS MERAH

Salam 1 Malaysia!!






Set tea tu de dua size..
Set 1: ~25 cm tinggi de 6 cawan.. (harga: RM110)
Set 2: ~40 cm tinggi de 9 cawan.. (harga RM 210)

Sesuai untuk hiasan rumah dan boleh juga digunakan untuk hidangan air..


AWAS: jika nak guna tuk air panas... pastikan air dibancuh dulu kat luar baru dimasukkan dalam jag...bukan pe... takut porcelin saya ni dari tanah liat.. so dia bersifat sejuk.. nanti terkezut...

Selasa, Mac 02, 2010

BATIK SUTERA TERENGGANU YANG MENAWAN

Salam...

Hi... How are you feeling today? Great.. fantastic... YES!!!


Ta da...!!! cantik tak batik sutera terengganu saya... Hmm.. satu lagi koleksi bisnes sy yang terbaru... :-)


Minat batik tak?? Hmm... saya pasti mesti batik ni ada peminat yang tersendiri.. Terutama bagi sesiapa yang berjiwa seni... Seni ada macam2.. dan batik adalah salah satu cabang seni... pandai2 la korang klasifikasikan batik ni kategori seni ape... jgn kata seni silat dah la... hua.. hua...



Keindahan corak batik akan memukau hati sesiapa saja.... tambahan pulak kalo dilukis diatas sutera dan hand made.. fuh.. mmg kelas gitu.. kalo la pakai.. rasa cam org2 ternama lak... hehehe... (jangan tak tau... batik yang sy pamer kan dalam blog ni adalah salah satu batik kegemaran isteri PM tau..)

Hmm.. harga tu mmg la mahal skit... but sesuai la ngan kain, buatan, corak dan seni dia... yang penting 1 dalam dunia.. so takde la istilah boria nanti... hehehe... Saya nak tanya la.. agak2 pernah tak jumpa org lain yang tak dikenali pakai baju yang sama ngan corak ngan kita...? Mesti pernahkan... sbb kebanyakan kain yang dijual dipasaran sekurang2nya de satu roll tau.. so.. tak mustahil akan terjadi.. fikir2 kan la....

Tapi batik ni mesti takkan sama... cuma kalo de pun.. warna dia je la akan2 sama.. bak kata.. sama tapi tak serupa... sbb... idea dan corak lukisan yang pertama takkan sama ngan corak untuk lukisan yang kedua.. betul tak???

Isk3... byk tulis la plak kan... tp mmg hobi sy.. jgn marah...

k. la... kat sini de gambar2 dia... so kalo agak2 berminta... dan nak memilikinya calling2 la kat 019-6651675...

*Harga: RM300

Khamis, Disember 31, 2009

TAHUN BARU 2010


Wah... lama sungguh sy tak tulis dalam blog ni.. windunya huhu.... diam tak diam dah nak masuk tahun baru... malam ni sah2 ada majlis menyambut tahun baru.. tahun lepas takde bunga api.. tahun ni tak tahu.. kot2 bukan je bunga api... bebola api pun de kot... hahaha... main la.. asalkan jgn terletup rumah org dah la... hua.. hua....

Sepanjang 2009 ni bnyak benar yang berlaku.. kisah suka... duka.. sedih.. gembira... semua ada la.. tu la namanya kehidupan.. kalo takde tu semua ibarat patung kat butik baju tu la kan.. kan....

Tahun ni jugak sy kehilangan org yang tersayang... Chek.. Ah rindu kat chek.. sekelip mata je chek tinggalkan kami.. Allah lebih sayang kat Chek.. huhu.. Al-fatihah.. semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Chek..

By the way.. semua ni dugaan.. yang hidup pasti mati.. yang hilang akan berganti.. hehehe.. mayb tahun depan sy akan dapat pengganti kot... mudah2an.. kita just merancang tp semua ni ketentuan Allah... ingat tu... sesuatu yang kita perolehi hanya dengan IzinNya.. dan setiap sesuatu yang dilakukan mestilah keranaNya.. sape la kita ni.. khalifah yang ditugaskan untuk memakmurkan alam ini... kalo Allah nak tarik balik bila2 masa je.. sbb semua tu bukan hak kita... semua ni pinjaman Allah je dan bersifat sementara... Apapun yang kita terima kene redho dan muhasabah diri.. ingat! hehe.. berapa kali mau ingat daa.... takpe.. mmg manusia ni kene selalu diingatkan... "SETIAP KEJADIAN YANG BERLAKU... ADA HIKMAT YANG TERSEMBUNYI DISEBALIKNYA..."



Selamat tinggal 2009.. selamat datang 2010... harap2 lebih baik dan ceria!!! InsyaAllah...

kalo ikutkan hati ni.. nak tulis panjang2.. tp.. time rehat dah abis.. nanti sy tulis lagi...

chau... chin.. chau...



kata2 akhir sebelum wa chau:




"Hidup umpama roda.. hari ni kita berada diatas... tah esok tah lusa kita berada dibawah... atau sebaliknya... oleh itu.. bersyukur la setiap apa yang kita nikmati.. sbb semua tu dr Allah yang Maha Adil".


Coretan ikhlas:

Ira