Khamis, Januari 29, 2009

CINTA OH CINTA


"Cinta itu banyak pengertian...
tapi bagi aku.. cinta adalah.. KAWAN SEJATI.
Insan yang mencintaimu adalah insan yang telah mengenalimu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
Namun, setiap yang kita lakukan.. biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan.
Tanpa kejujuran, hidup sentiasa menjadi mainan orang.
Akibat yang membawa seribu penderitaan.
Oleh itu, jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokkan paras dapat menyesatkan.
Hmm.. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan dapat memusnahkan.
Cubalah tertarik kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Ibarat kata pepatah, pahit itu adalah penawar. Susah pasti akan senang kerana dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan.
Nikmatilah umpama durian, berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit kerana manis didalamnya dan bunga mawar berduri kerana harum baunya...
Jika seseorang hadir dalam hidupmu dan menjadi sebahagian darimu tetapi atas sebab tertentu terpaksa meninggalkanmu... jangan terlalu sedih..
Terimalah kenyataan itu kerana sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakanmu tetapi...
Apabila ada yang datang jangan biarkan ia berlalu pergi dan jika esok ia masih lagi bertandang, jangan harap ia akan datang kembali..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan